Home » Citra Yadim » Datanglah lagi ke Melaka

Datanglah lagi ke Melaka

AYER Keroh – “Datanglah lagi ke Melaka, orang Melaka sedia menanti,” kata Exco Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan Melaka, Yang Berhormat Datuk Kalsom Nordin yang jelas gembira dengan penganjuran Souq@Keluarga Malaysia oleh YADIM pada 16 Oktober.

Menurutnya, kerajaan Melaka mengalu alukan lagi sekiranya program membawa manfaat pada rakyat ini diadakan lagi selepas ini.

Datuk Kalsom mengucapkan terima kasih atas sumbangan kepada 500 asnaf yang disantuni YADIM dalam program ini yang disifatkannya sebagai penyampaian bantuan terus kepada rakyat Melaka yang memerlukan di sekitar Ayer Keroh khususnya.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi Penyelaras JAPERUN Ayer Keroh, Yang Berbahagia Datuk Haji Arif Haji Yusa, Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad, Penguasa Penjara Tuan Mohd Faizal Jidin dan Imam Besar Masjd Al Alami, Ustaz Mohd Arif Rahimi Md Sakih.

YADIM diwakili oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner.

Dalam majlis ini, YADIM turut menyumbang RM1,000 bagi tujuan mengimarahkan Masjid Al Alami.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *