Home » Langit Terbuka » Dr Mahathir sah negatif Covid-19

Dr Mahathir sah negatif Covid-19

Sebelum ini Mahathir menjalani kuarantin secara sukarela selama 14 hari di rumahnya selepas mengambil gambar dengan seorang individu yang kemudiannya disahkan positif Covid-19. - Foto Rojak Daily

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan negatif Covid-19, kata pembantu bekas perdana menteri itu.

“Beliau disahkan negatif,” katanya kepada FMT.

Dilaporkan sebelum ini Mahathir berkurung selama 14 hari di rumahnya selepas mengambil gambar dengan seorang individu yang kemudiannya disahkan positif Covid-19.

Dalam temu bual di TV3, Mahathir berkata, beliau mematuhi keperluan kuarantin dan telah menjalani saringan virus itu.

Seorang doktor perubatan, Mahathir berkata, orang ramai harus berada di rumah masing-masing, bukannya balik ke kampung dalam tempoh perintah kawalan pergerakan sehingga 31 Mac depan. – FMT

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *