Home » Langit Terbuka » Dr Zulkifli puji usaha Yadim jaga integriti Islam ketika penularan COVID-19

Dr Zulkifli puji usaha Yadim jaga integriti Islam ketika penularan COVID-19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (kanan) ketika menyampaikan sumbangan pada program anjuran YADIM di Masjid AL Khasyi'in. - Foto YADIM

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji usaha Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menjaga integriti Islam ketika penularan Covid-19 menerusi penganjuran Program Cuci-cuci Masjid Pasca Covid-19 dan Musa’adah Covid-19.

Menurutnya usaha yang diterjemahkan dalam bentuk aktiviti sosial dan kebajikan itu menepati sebahagian hukum yang diperintah oleh Nabi Muhammad SAW dalam menjadikan masjid dan persekitarannya sentiasa suci dan bersih.

“Bahasa mudahnya, kawasan bersih dan suci memungkinkan ibadah solat dilakukan di mana-mana sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan Program Cuci-cuci Masjid Pasca Covid-19 dan Musa’adah Covid-19 di sini hari ini.

Program berkenaan dianjurkan Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Al Khasyi’in, Desa Petaling selaku tuan rumah.

Program yang julung kali diadakan secara serentak di 10 negeri ini merupakan perintis kepada pembukaan semula masjid dan surau di seluruh negara selepas menempuh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan yang menyaksikan orang awam tidak dapat mengimarahkan masjid dan surau demi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *