Home » Citra Yadim » Dr Zulkifli sampaikan Musa’adah PKP 3.0 di Pahang

Dr Zulkifli sampaikan Musa’adah PKP 3.0 di Pahang

BENTONG – Sebanyak 140 kotak sumbangan barangan keperluan harian disampaikan kepada golongan yang memerlukan di daerah ini pada 10 Ogos.

Sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Musa’adah PKP 3.0 Pahang itu diagihkan di Maahad Tahfiz An Noer, Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik dan Maahad Tahfiz Al Quran Al Abrar di sini.

Menteri di Jabatan Perdana, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang hadir ke program ini menyampaikan sebanyak 100 kotak sumbangan berkenaan di Masjid Sultan Abu Bakar manakala selebihnya diagihkan YADIM di dua lagi tempat.

YADIM juga menyumbang RM5,000 bagi tujuan mengimarahkan Masjid Sultan Abu Bakar.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengerusi Abrar Care, Ustaz Roslan Md Esa.

Dr Zulkifli dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih atas penganjuran musa’adah ini dan berharap ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban penerima sumbangan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *