Home » Langit Terbuka » Dunia marah Charlie Hebdo samakan gempa bumi Itali seperti ‘pasta’

Dunia marah Charlie Hebdo samakan gempa bumi Itali seperti ‘pasta’

PARIS, 4 Sept. – Majalah satira, Charlie Hebdo sekali lagi mencetuskan kemarahan masyarakat dunia apabila menerbitkan lukisan dengan menyamakan gempa bumi yang berlaku di Itali bulan lalu seperti hidangan ‘pasta’.

Gempa bumi yang mengorbankan hampir 250 nyawa itu dijadikan bahan jenaka majalah itu dengan tajuk ‘Gempa bumi ala Itali.

Lakaran kartun itu menunjukkan dua mangsa berdiri di sebelah timbunan runtuhan, yang turut menggambarkan kaki mangsa yang terbunuh.

Seorang mangsa yang berlumuran darah dilabel ‘makaroni dengan sos tomato.’ Wanita di sebelahnya, yang mukanya melecur pula dilabel ‘makaroni dipanggang.’

Lebih mengejutkan lagi, mangsa yang dihempap runtuhan, dilabel ‘lasagna.’

Susulan penerbitan lukisan kartun berkenaan, majalah itu terus mendapat kecaman dengan anggapan tidak peka kepada penderitaan orang ramai.

Datuk Bandar, Sergio Pirozzi, yang diisytiharkan Amatrice sebagai bandar yang hilang pada 24 Ogos lalu menyatakan kehairanan dengan kartun-kartun itu.

“Bagaimana adakah anda tertarik untuk melakukan kartun mengenai orang mati! Saya pasti sindiran yang tidak menyenangkan dan memalukan ini tidak mencerminkan sentimen Perancis,” katanya,

Dalam masa yang sama, Kedutaan Perancis di Rome turut menyatakan lukisan itu bukan mewakili Perancis.

“Kartun itu tidak mewakili kedudukan Perancis dan merupakan karikatur oleh akhbar (dan) pendapat bebas dinyatakan adalah dari wartawan,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *