Home » Citra Yadim » Edaran bubur lambuk SAY Labuan

Edaran bubur lambuk SAY Labuan

LABUAN – Meskipun baru sahaja ditubuhkan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Labuan telah pun memulakan gerak kerjanya.

Dengan kerjasama Persatuan Anak Muda Labuan (PAMULA), mereka mengadakan edaran bubur lambuk di Simpang 20, Kampung Ganggarak di sini pada 1 Mei.

Seramai 20 ahli PAMULA dan 13 ahli SAY terlibat dalam program bermula jam 7.30 hingga 5.30 bagi memasak dan mengedar bubur tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *