Home » Citra Yadim » FAIEH YADIM bantu persiapan kecemasan di rumah

FAIEH YADIM bantu persiapan kecemasan di rumah

KUALA MUDA – Sesiapapun mungkin akan ditimpa kecederaan tidak kira di mana dan pada bila-bila masa sahaja. Dengan menggunakan teknik pertolongan cemas, kita mungkin dapat mengelakkan kecelakaan kecil daripada menjadi lebih teruk.

Dalam kes kecemasan perubatan yang serius, anda mungkin dapat selamatkan nyawa. Inilah tujuan pertolongan cemas dilakukan, jadi, penting untuk semua belajar mengenai kemahiran asas pertolongan cemas.

Pada 29 Oktober,  YADIM Kedah telah menjalankan program YADIM Peduli First Aider In Every Home (FAIEH)di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Omar Tahir Bujang di sini.

Seramai 100 orang peserta terdiri daripada pelajar,waris dan guru guru sekolah turut serta dalam program ini.

Para peserta didedahkan kepada empat slot pertolongan cemas. Slot pertama ialah asas pertolongan cemas dan keracunan bahan – bahan di rumah. Slot kedua peserta didedahkan pula kepada Luka dan Pendarahan Terbakar.

Manakala slot ketiga bertajuk Patah dan Balutan dan slot terakhir adalah Pemulihan Kardio Pulmonori (CPR).

Kesemua slot ceramah telah disampaikan sendiri oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Muda.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan peserta. Program ini dihadiri oleh Pengerusi Salimah Kedah iaitu Puan Masadah Sajadi, Yang Dipertua SK Haji Omar Tahir iaitu Puan Nurhasyimah Abdul Manaf, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Siti Aminah Kambili , Pengerusi Bulan Sabit Merah Kuala Muda iaitu Encik Mahyudin dan Cikgu Mohd Faez Ahmad Pengerusi Sekretariat Guru PBSM Kuala Muda/Yan serta guru – guru dan ahli jawatanakuasa Salimah.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *