Home » Langit Terbuka » Gabungan NGO Ahli Sunnah tolak LGBT

Gabungan NGO Ahli Sunnah tolak LGBT

Setiausaha Agung Pertubuhan llmuan Malaysia berkata, kelompok berkenaan semakin lantang dan berani menuntut pengiktirafan terhadap gaya hidup mereka - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR- Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ahli Sunnah menolak sebarang toleransi bagi mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Penegasan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan llmuan Malaysia (Ilmu), Ahmad Fazrin Yahya berikutan kelompok berkenaan yang semakin lantang dan berani menuntut pengiktirafan terhadap gaya hidup mereka.

“Kami menyeru agar kerajaan tidak lagi memberi apa-apa ruang dan toleransi kepada golongan LGBT serta penyokong mereka yang mahu pengiktirafan terhadap amalan dan gaya hidup songsang mereka.

“Kami juga turut menyatakan kesediaan untuk berganding bahu bersama kerajaan membantu golongan LGBT agar tidak ada lagi anak-anak muda yang terlibat dalam hidup budaya songsang,” katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen Ilmu Sunnah Dot Com Peringkat Kebangsaan 2018 (K-iSDC 2018) di sini.

K-iSDC 2018 merupakan wacana ilmiah membincangkan isu golongan LGBT dan hala tuju rakyat Malaysia terutama Melayu dan Islam dalam mendepani isu berkenaan. –Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *