Home » Citra Yadim » Golongan muda meriahkan hari kedua Karnival Malaysia Rahmah

Golongan muda meriahkan hari kedua Karnival Malaysia Rahmah

KENINGAU – Sesuai dengan program yang diatur, golongan muda Keningau hari ini (23 November) memberikan sambutan sangat baik terhadap acara acara Kembara Malaysia Rahmah 2019 Peringkat Negeri Sabah.

Acara pertama hari ini, Senaman Bersama Menteri di Kompleks Sukan Keningau disertai oleh lebih 300 peserta yang majoritinya ialah golongan muda dari pelbagai latar belakang termasuk bukan Muslim.

Manakala dianggarkan lebih 350 peserta menyertai Seminar Bicara Keluarga Rahmah di Dewan Masyarakat Keningau selepas itu. Seperti acara senaman sebelum itu, kehadiran peserta terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Mereka turut menyertai acara acara yang disediakan sepanjang seminar seperti pertandingan gubahan tuala serta pertandingan mewarna.

Kemuncak acara hari ini ialah Konvoi Rahmah ke Kampung Meninipir di sini, yang turut disertai oleh 30 ahli Keningau Bikers Club, sebuah persatuan pemilik motosikal berkuasa tinggi di sini.

Di kampung ini, mereka menyantuni seramai 50 buah keluarga asnaf terpilih.

Sementara itu terdahulu, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Poon Ming Fung@Frankie dalam program senaman berkata, lebih banyak agensi seperti YADIM diperlukan dan dipelawa mengadakan pelbagai bentuk kerjasama strategik dengan pihaknya.

“Geografi Sabah yang besar memerlukan sokongan pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan”.

“Pelbagai agensi di bawah Kementerian Kesihatan Sabah bersedia memberikan kerjasama dan komitmen terhadap apa saja program yang bersesuaian,” ujarnya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya, Odom@Peter Dhoms Saili.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *