MELAKA – Golongan pekerja ekonomi gig dalam kalangan mualaf menjadi tumpuan Program YADIM Sejahtera: Ziarah Kasih yang dianjurkan YADIM Negeri Sembilan dan Melaka dengan kerjasama Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) Melaka pada 3 Ogos.
Program ini menghimpunkan usaha menyantuni pekerja gig yang mencari rezeki sebagai pemandu Grab menerusi penyampaian sumbangan, selain mengukuhkan hubungan antara YADIM dan komuniti saudara baharu.
Dalam program tersebut, lima orang penerima telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail.
Selain meringankan beban penerima, program ini turut membuka ruang kepada YADIM untuk mendengar sendiri pengalaman serta cabaran yang dihadapi pekerja gig dalam kalangan mualaf agar usaha dakwah dan kebajikan dapat dilaksanakan dengan lebih dekat kepada keperluan mereka.



KOMEN