Home » Citra Yadim » Gotong Royong Perdana SAY Kuala Langat di RAYAS

Gotong Royong Perdana SAY Kuala Langat di RAYAS

SIJANGKANG – Sebagai persiapan menghadapi sesi persekolahan yang bakal kembali dibuka, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan Gotong Royong Perdana di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang (RAYAS).

Program pada 3 Oktober ini disertai oleh kira kira 20 ahli SAY dan ahli jawatankuasa RAYAS.

Program bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari ini turut diselitkan dengan sumbangan makanan dan sayuran oleh orang ramai yang mahu menyumbang untuk kegiatan dakwah bersama SAY Kuala Langat.

Hadir ke program ini ialah pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan pengerusi RAYAS, Haji Azrin Ishak serta ahli jawatankuasa mereka.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *