Home » Langit Terbuka » Haji Madrasah Bentuk Jiwa, Bukan Sekadar Perjalanan Ibadah – PM Anwar

Haji Madrasah Bentuk Jiwa, Bukan Sekadar Perjalanan Ibadah – PM Anwar

Perdana Menteri menyantuni jemaah haji di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - PMO

KUALA LUMPUR: Ibadah haji bukan sekadar perjalanan ibadah, sebaliknya madrasah tarbiah yang membentuk jiwa, menyucikan hati dan meniupkan semangat baharu untuk kembali berkhidmat kepada agama, rakyat serta negara dengan lebih ikhlas dan penuh ihsan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejarah juga mengajar bahawa semangat kebebasan dan keberanian umat Islam sering bangkit selepas pulangnya para jemaah haji dari Makkah, sebagaimana dicatat ketika meneliti kebangkitan rakyat Acheh melawan penjajahan Belanda.

“Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyantuni para jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun yang bakal menjadi tetamu Allah SWT.

“Dalam kesempatan ini, saya turut berkongsi kisah Malcolm X yang pulang dari Tanah Suci dengan jiwa dan pandangan hidup yang jauh lebih besar, lebih damai dan lebih insaf tentang persaudaraan umat manusia,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook, hari ini.

Beliau juga mendoakan seluruh jemaah dikurniakan haji mabrur, dipermudah segala urusan dan kembali ke tanah air membawa semangat baharu buat keluarga, masyarakat dan Malaysia tercinta. – BERNAMA

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *