Home » Langit Terbuka » Hamas sanjung keputusan Malaysia halang penyertaan atlet Israel

Hamas sanjung keputusan Malaysia halang penyertaan atlet Israel

Hamas menyanjung tinggi pendirian Malaysia dan menyeru negara-negara Arab dan Islam supaya berhenti bersikap lunak terhadap pendudukan Israel. - Foto Wikipedia

KUALA LUMPUR- Pergerakan Hamas menyanjung tinggi keputusan Malaysia menghalang etlet Israel menyertai kejohanan renang yang dianjurkan negara ini.

Dalam satu kenyataan Jumaat lalu, pergerakan itu berkata, dalam nada yang tegas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Moahamad telah berkata bahawa sekiranya peganjur ingin menarik hak Malaysia sebagai hos kejohanan berkenaan, mereka dipersilakan berbuat demikian.

“Kenyataan ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak berganjak daripada posisinya dan terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan dan membebaskan wilayah-wilayah yang diduduki, terutamanya Kota Suci Baitulmaqdis,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, Hamas menyanjung tinggi pendirian Malaysia dan menyeru negara-negara Arab dan Islam supaya berhenti bersikap lunak terhadap pendudukan Israel kerana ia disifatkan sebagai menikam rakyat Israel dari belakang.

Selanjutnya, tambah kenyataan itu, bersikap lunak terhadap pendudukan Israel akan menghapuskan hak rakyat Palestin untuk memperolehi kebebasan dan keamanan. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *