Home » Langit Terbuka » Hati-hati penipuan sebagai pewaris harta dari luar negara

Hati-hati penipuan sebagai pewaris harta dari luar negara

Polis Diraja Malaysia berkata antara modus operandi dikenal pasti digunakan sindiket adalah dengan memaklumkan bahawa mangsa dikesan sebagai pewaris untuk menerima harta pusaka peninggalan seseorang yang sudah meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai sebarang e-mel menyatakan mereka sebagai pewaris harta kepada seseorang yang tidak dikenali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan hari ini, berkata e-mel itu mungkin melibatkan sindiket penipuan yang sedang mencari mangsanya.

Kenyataan itu menyebut antara modus operandi dikenal pasti digunakan sindiket tersebut adalah dengan memaklumkan bahawa mangsa dikesan sebagai pewaris untuk menerima harta pusaka peninggalan seseorang yang sudah meninggal dunia.

“Harta tersebut biasanya berada di luar negara. Beberapa dokumen sokongan daripada jabatan kerajaan tertentu, badan kehakiman, mahkamah, Bank Negara Malaysia dan sebagainya disertakan untuk meyakinkan mangsa.

“Mangsa sama ada rakyat Malaysia sendiri atau yang berada di luar negara kononnya datuk atau moyang mereka pernah sewaktu ketika dulu berada di Malaysia dan merupakan hartawan yang tidak mempunyai waris selepas kematiannya,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *