Home » Langit Terbuka » Henti stigma agensi agama lemah, tak pandai urus tadbir

Henti stigma agensi agama lemah, tak pandai urus tadbir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) mahu kakitangan agensi di bawahnya bekerja dengan keikhlasan, amanah, profesional, adil dan integriti tinggi. - Foto NSTP

PUTRAJAYA – Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad menyarankan supaya dihentikan stigma bahawa orang dan agensi agama sebagai lemah dan tidak pandai urus tadbir.

Beliau berkata, perkara itu akan cuba dicapai dengan mengambil tindakan tindakan seperti menghendaki pegawai di kementerian beliau mengemukakan kad laporan secara mingguan mengenai kerja yang mereka dilakukan.

“Saya nak kerja dengan keikhlasan, amanah, profesional, adil dan integriti tinggi.

“Setiap bulan jika dipanjangkan umur, saya akan memberi hadiah kepada pekerja yang melebihi sasaran tinggi seperti (kerja) 200%. Kita akan umum kepada seluruh jabatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Tausiah ‘Am di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, pada 12 Mac.

Dalam ucapannya juga, Zulkifli turut menekankan konsep masa yang disifatkannya seperti emas.

Beliau berkata, masa adalah berkait rapat dengan kehidupan.

“Oleh itu kita mahu sentiasa datang awal, ‘punch card’ awal dan siap (kerja) awal.

“Kedua kena tepat masa dan tindakan mesti pantas. Tindakan tidak boleh lambat sebab kemajuan adalah bersama kepantasan. Tanpa kepantasan itu satu kelemahan,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *