Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, larangan itu termaktub di bawah Enakmen Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Saya mengingatkan imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid dan surau di Johor supaya tidak sama sekali melibatkan diri dalam apa juga kegiatan ce­ramah dan kegiatan parti politik sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dan sete­rusnya, kerana adalah dilarang sama sekali,” katanya kepada pemberita di sini.