Home » Langit Terbuka » Imam Muda Asyraf timang anak ketiga

Imam Muda Asyraf timang anak ketiga

Imam Muda Asyraf bersama ahli keluarganya. (gambar fail)

SELEBRITI terkenal, Imam Muda Asyraf hari ni berkongsi berita gembira tentang kelahiran cahaya mata ketiga apabila isterinya, Nur Husna Yusof, selamat melahirkan seorang bayi perempuan tepat jam 2.53 pagi tadi.

Perkongsian tersebut dibuat di laman Instagram miliknya dengan dengan meluahkan rasa syukur di atas kelahiran tersebut.

“Assalamualaikum semua. Ungkapan syukur alhamdulillah atas kurniaan anugerah ini. Tepat jam 2.53 pagi tadi pada tarikh 23 Mac 2018 bersempena 5 Rejab 1439H, isteri saya Nur Husna Yusof selamat melahirkan anak perempuan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Imam Muda Asyraf juga memohon agar para pengikutnya mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

“Doakan semoga anak dan ibunya diberi kesembuhan, kesihatan dan kebaikan di dunia dan akhirat.

“Doakan juga buat kami sekeluarga semoga kelahiran insan baru dalam keluarga kami menambah keberkahan berpanjangan. Semoga Allah merahmati keluarga kami dan kalian semua. Ameen,” pintanya.

Imam Muda Asyraf atau nama lengkapnya, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *