Home » Langit Terbuka » Indonesia akan lobi Arab Saudi dapatkan kuota haji lebih besar tahun depan
a

Indonesia akan lobi Arab Saudi dapatkan kuota haji lebih besar tahun depan

Indonesia pada awalnya merancang menghantar 221,000 jemaah haji tahun ini, bagaimanapun negara itu memutuskan untuk membatalkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini berikuran penularan Covid-19.- Foto Kompas

JAKARTA – Indonesia akan cuba melobi kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kuota haji yang lebih besar pada tahun depan berikutan keputusan negara itu membatalkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19, kata Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi.

“Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk melobi (kerajaan Arab Saudi) dengan menggunakan pelbagai alasan,” kata Fachrul seperti dipetik Kompas.com.

Beliau menjelaskan, Arab Saudi memahami keadaan Indonesia berdasarkan ia merupakan antara negara yang mempunyai bilangan jemaah haji terbesar.

Indonesia pada awalnya merancang menghantar 221,000 jemaah haji. Kementerian Hal Ehwal Agamanaya merekodkan hampir 180,000 jemaah haji telah membayar perjalanan berjadual mereka.

Bagaimanapun kementerian itu memutuskan untuk membatalkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini berikuran penularan Covid-19.

Arab Saudi masih belum membuat keputusan mengenai penggantungan umat islah mengerjakan umrah dan haji dan ini tidak memberi masa yang mencukupi kepada kerajaan Indonesia untuk menyediakan langkah-langkah perlindungan, lapor The Jakarta Post.

Fachrul berkata, kementeriannya akan cuba mendapatkan lebih banyak kuota jemaah haji walaupun ia sukar dilakukan kerana perkara tersebut ditentukan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). – Kompas

Artikel Berkaitan

Pelajar terbaik PSRA Selangor peroleh 11A SPM

KUALA LUMPUR – Bekas pelajar terbaik Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) Selangor 2017 mengulangi pencapaian cemerlang apabila memperoleh 11A dalam SPM 2022.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *