Home » Langit Terbuka » Isu transgender, masyarakat dipelawa beri pandangan, cadangan

Isu transgender, masyarakat dipelawa beri pandangan, cadangan

Kerajaan akan cuba berbincang dan mencari satu titik persamaan serta kerjasama yang baik daripada semua pihak, dalam isu LBGT kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto Buzzkini

REMBIA – Kerajaan mengambil langkah berhemah menangani isu berkaitan golongan transgender di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, satu perbincangan khusus akan dibuat bagi mencari kaedah terbaik menyelesaikan isu berkenaan, pada masa sama masyarakat dipelawa memberi pandangan serta cadangan untuk diteliti.

“Insya-Allah saya akan cuba berbincang dan mencari satu titik persamaan serta kerjasama yang baik daripada semua pihak, bahkan saya mengalu-alukan buah fikiran yang baik (bagi mencari jalan), penyelesaian terbaik.

“Kita semua berada di landasan yang benar dan kami ingatkan, matlamat kami ini biarlah kita sama-sama dapat mencapai Mardhatillah (keredaan Allah),” katanya selepas merasmikan Program Inspirasi Musa’adah Covid-19 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Rembia di sini, pada 10 Julai.

Yang turut hadir, EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis; Mufti Melaka, Datuk Abd Halim Tawil dan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan.

Zulkifli dalam kenyataannya pagi tadi, dilaporkan berkata golongan transgender yang ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu diberi pendidikan atau tarbiah supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Katanya, Islam adalah agama yang mendidik dan pihaknya tidak mahu golongan transgender ini ditangkap semata-mata tanpa memberikan kesedaran kepada mereka. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *