Home » Langit Terbuka » ‘Jaga ungkapan ketika berbicara tentang Nabi SAW’

‘Jaga ungkapan ketika berbicara tentang Nabi SAW’

Mufti perlis berkata, hendaklah kita tahu bahawa di zaman ini dan dalam negara ada muslim yang kurang berpengetahuan dan masyarakat bukan muslim yang boleh tersalah faham terhadap Nabi - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM – Sesiapa yang ingin berbicara tentang Nabi Muhammad SAW dinasihatkan agar menjaga ungkapan yang digunakan dan menyemak nas dan riwayat dengan teliti.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berhati-hati apabila berbicara tentang Nabi Muhammad SAW, ada akidah yang mesti kita percaya, bahawa baginda hanya berjanji apa yang ALLAH khabarkan kepada baginda.

“Mustahil ALLAH mewahyukan sesuatu janji, kemudian tidak dapat berlaku,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya.

Mohd Asri berkata, hendaklah kita tahu bahawa di zaman ini dan dalam negara kita ada muslim yang kurang berpengetahuan dan masyarakat bukan muslim yang boleh tersalah faham terhadap Nabi kita, jika kita tersalah memberikan maklumat.

“Bagi pihak yang tersilap atau tersasul, sila betulkan kenyataan dalam hal berkenaan. Semoga Allah bimbing kita semua,” katanya.

Terdahulu, Mohd Asri menjelaskan berhubung dengan isu apakah Nabi Muhammad SAW pernah terpaksa tidak menunaikan janji baginda, untuk membawa para sahabat menunaikan umrah semasa tahun Perjanjian Hudaibiyah?

“Ya, baginda memang pernah berjanji ataupun memberitahu bahawa baginda dan para sahabat akan dapat bertawaf di Kaabah.

“Namun, baginda tidak pernah memberitahu tahun tertentu. Apabila Umar al-Khattab tidak puas hati dengan keputusan Nabi Muhammad SAW berdamai dengan Quraisy dan tidak menerusi hasrat umrah pada tahun Perjanjian Hudaibiyah, baginda telah menjawab hal tersebut.

“Berikut adalah antara dialog Umar dan Nabi Muhammad SAW dalam riwayat Sahih al-Bukhari dan Muslim tentang hal tersebut:

Kata Umar: “Tidakkah engkau telah memberitahu kami bahawa kita akan datang ke Ka’abah lalu bertawaf mengelilinginya?”

Jawab Nabi Muhammad : “Bahkan. Namun apakah aku memberitahu engkau bahawa kita akan datang pada tahun ini?”

Jawab Umar: “Tidak.”

Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya engkau pasti akan datang ke Ka’abah dan bertawaf”

“Ertinya, tiada sebarang janji Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa itu yang tidak tertunai. Bahkan janji baginda tertunai di mana selepas itu baginda dan para sahabat kembali semula menunaikan umrah,” katanya lagi. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *