Home » Langit Terbuka » JAIS tidak lantik pihak ketiga untuk janji temu urusan nikah

JAIS tidak lantik pihak ketiga untuk janji temu urusan nikah

JAIS meminta orang ramai supaya segera melaporkan kepada mereka jika ada individu yang mengambil kesempatan menjual slot janji temu JAIS. - Foto Kharisma Catering

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan janji temu bagi urusan berkaitan perkahwinan.

 

JAIS menerusi hantaran ringkas dalam akaun Facebooknya memaklumkan bahawa bagi mendapatkan tarikh janji temu berkaitan urusan perkahwinan, ia hanya perlu dibuat melalui laman sesawang http://www.jais.gov.my sahaja.

 

“Segera laporkan kepada JAIS jika ada individu yang mengambil kesempatan menjual slot janji temu JAIS.

 

“Sebarang aduan atau pertanyaan boleh dikemukakan melalui panggilan telefon iaitu 03-5514 3400/ 03-5514 3600 atau e-mel ke buuk@jais.gov.my,” menurut hantaran itu. – Bernama

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *