Home » Langit Terbuka » JAKIM akan panggil individu sertai pertandingan Miss Equality World 2026

JAKIM akan panggil individu sertai pertandingan Miss Equality World 2026

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu yang didakwa menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata berpandukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri dan agensi berkaitan untuk memanggil individu itu.

“JAKIM ingin menegaskan pembabitan itu amat mendukacitakan serta telah menimbulkan keresahan awam.

“Perlakuan songsang itu jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia selain bercanggah dengan perundangan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri tidak akan berkompromi dengan apa-apa usaha untuk menormalisasikan perlakuan songsang itu.

Sebelum ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang individu dipercayai lelaki yang memakai pakaian wanita menyertai pertandingan itu yang mendapat kecaman netizen.

– BERNAMA

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *