Home » Langit Terbuka » Jakim, SKMM bincang jalankan operasi

Jakim, SKMM bincang jalankan operasi

Jelas Ketua Pengarahnya, Jakim telah merangka garis panduan perbomohan menurut Islam supaya mereka yang terlibat dengan amalan tersebut terhindar daripada amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat agama.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bertemu dan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam masa terdekat berhubung isu penjualan barangan khurafat secara dalam talian sebagaimana didedahkan Mingguan Malaysia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang mengakui pendedahan Mingguan Malaysia itu sebagai fenome­na baharu kepada pihaknya.

Hal ini kerana, menurut beliau, selama ini sebarang operasi membabitkan kes berkenaan yang dilakukan de­ngan kerjasama pelbagai pihak berkuasa agama negeri adalah berdasarkan aduan daripada orang ramai.

“Nampaknya pemantauan yang lebih serius perlu dilakukan sebab penjualan secara terbuka barangan dan amalan khurafat dalam talian ini merupakan fenomena baharu.

“Sebab selama ini, banyak operasi yang dilakukan Jakim dan pihak berkuasa negeri adalah berdasarkan aduan-aduan daripada orang ramai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mingguan Malaysia me­laporkan perdagangan khurafat moden seperti minyak pengasih buluh perindu, besi kuning dan jenglot dijual secara terbuka di Sela­ngor dan dalam talian.

Lebih mengejutkan apabila harga yang ditawarkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Dalam perkemba­ngan sama, jelas Mohamad Nordin, Jakim telah merangka garis panduan perbomohan menurut Islam supaya mereka yang terlibat dengan amalan tersebut terhindar daripada amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat agama.

Kata beliau, garis panduan itu turut menetapkan syarat-syarat yang ditetapkan antaranya memastikan aktiviti permohonan tidak menggunakan unsur meminta izin atau bantuan daripada kuasa makhluk ghaib. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *