Home » Langit Terbuka » Jemaah haji pertama berangkat ke tanah suci 4 Jun

Jemaah haji pertama berangkat ke tanah suci 4 Jun

Kira-kira 80 penerbangan jemaah haji tetapi berkurangan separuh tahun ini. Manakala, bagi tahun-tahun sebelum ini jumlah jemaah haji kira-kira 30,000 orang. - Foto BERNAMA

Muar – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke tanah suci menunaikan Rukum Islam kelima itu pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, penundaan itu ekoran pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan ibadah itu berbanding kebiasaannya.

Malah, beliau memaklumkan, anjakan tarikh berkenaan juga berdasarkan rundingan dengan syarikat penerbangan.

“Sebelum ini ada kira-kira 80 penerbangan jemaah haji tetapi berkurangan separuh tahun ini. Manakala, bagi tahun-tahun sebelum ini jumlah jemaah haji kira-kira 30,000 orang.

“Namun tahun ini, jumlah jemaah hanya 14,000 orang. Baru sahaja saya bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (Tabung Haji) tanya macam mana penerbangan haji dan beliau jawab kemungkinan dianjak kepada 4 Jun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ar Rahnu Yapeim Akses dan Yapeim Gold Akses Muar di pekarangan Bangunan Mara, di sini.

Dalam masa yang sama, Malaysia juga masih menunggu keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan kuota tambahan 5,000 jemaah bagi musim haji kali ini.

Sebelum ini, bakal jemaah haji Malaysia perlu akur dengan beberapa syarat kesihatan yang ditetapkan Arab Saudi dan dianggarkan lebih 1,000 jemaah terpaksa menolak tawaran disebabkan beberapa faktor termasuk masalah kesihatan. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *