Home » Langit Terbuka » Jika ada moral, akhlak yang tinggi, hutang mesti bayar

Jika ada moral, akhlak yang tinggi, hutang mesti bayar

Menteri Pendidikan berkata, sebagai rakyat Malaysia sama ada beragama Islam atau agama apa sekalipun tanggungjawab membayar hutang perlu ada di dalam diri

ARAU – Sesiapa sahaja yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi mesti membayar hutang termasuk dalam soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sebagai rakyat Malaysia sama ada beragama Islam atau agama apa sekalipun tanggungjawab membayar hutang perlu ada di dalam diri.

“Tidak kira apa pinjaman sekalipun, hutang PTPTN, bank, adik-beradik, sikap kita sebagai orang yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi apabila berhutang, perlu bayar.

“Ini tanggungjawab moral yang mencerminkan akhlak kita. Walaupun dengan nilai 10 sen sekalipun jika berhutang perlu bayar,” katanya ketika ditemui selepas Majis Anugerah Tokoh Siswa 2017 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menegur sikap peminjam yang tidak mahu membayar hutang PTPTN.

Dr. Mahathir juga melahirkan rasa malu dengan sikap tidak amanah peminjam yang enggan membayar hutang walaupun telah mempunyai pekerjaan.

Sehingga kini, jumlah hutang tertunggak PTPTN seperti yang dimaklumkan Dr. Mahathir ketika menyampaikan syarahan perdana di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur baru-baru ini, menjangkau RM36 bilion. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *