KUALA TERENGGANU – Masjid Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu menjadi ruang pertemuan warga Sekolah Kebangsaan Banggol Katong bersama YADIM menerusi Program Kalam MADANI pada 1 Oktober.
Bukan sekadar mendengar perkongsian, program ini membuka ruang untuk warga sekolah menyentuh perkara yang dekat dengan kehidupan seharian, tentang penghayatan agama, akhlak dan nilai yang perlu dibentuk sejak usia muda.
Pengisian disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin, yang turut merasmikan Program Pemantapan Sahsiah Anak Soleh Generasi MADANI SK Banggol Katong.
Kehadiran beliau disambut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Banggol Katong, Encik Mohammad Salleh, serta Guru Besar SK Banggol Katong, Encik Rodzi Mohamed.
Program ini menunjukkan bagaimana sekolah, YADIM dan komuniti boleh duduk bersama dalam suasana yang santai untuk membawa pengisian agama lebih dekat dengan anak-anak dan masyarakat.



KOMEN