Home » Citra Yadim » KASYFI 2018 : Platform orang muda bersatu hati

KASYFI 2018 : Platform orang muda bersatu hati

 

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) buat sekian kalinya menganjurkan program menyemarakkan semangat Aidilfitri melalui penganjuran program Kembara Aidilfitri Sahabat YADIM (KASYFI) 2018.

Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) YADIM, Zamani Karulani berkata, program berkenaan adalah kesinambungan daripadan program Ikhtikaf Ramadan Sahabat YADIM (IRSYAD) yang diadakan sebanyak 12 siri melibatkan 12 negeri  sepanjang bulan Ramadan.

“Kedua-dua program berkenaan adalah bertujuan untuk menyatukan golongan muda yang merupakan ahli-ahli Sahabat YADIM dari pelbagai universiti tempatan.

“Sempena bulan Syawal yang merupakan bulan bagi meraikan kemenangan selepas mengharungi `Madrasah Ramadan’ maka KASYFI akan memainkan peranannya pula,’’ katanya.

Beliau berkata, KASYFI telah diadakan pada bulan Syawal sebelum ini, dan tahun ini merupakan kali ketiga penganjurannya.

Beliau berkata, pada kali ini, KSYFI melibatkan 13 buah negeri di seluruh Malaysia sama seperti IRSYAD.

“Hakikatnya program ini merupakan platform untuk Sahabat YADIM mengenali sesama ahli termasuklah alumni Sahabat YADIM,’’ katanya.

Beliau berkata, sama seperti IRSYAD, program berkenaan juga akan dikendalikan oleh ahli-ahli Sahabat YADIM dan antara pengisian utamanya ialah aktiviti menziarahi rumah-rumah ahli Sahabat YADIM terpilih.

Katanya, pemilihan rumah untuk majlis ziarah itu mengutamakan ahli-ahli yang kurang bernasib baik agar kunjungan itu akan menceriakan mereka dan sekaligus membolehkan mereka sama merasai kenikmatan kemeriahan Syawal.

“KASYFI sememangnya sebuah program turun padang’ yang dilaksanakan secara santai, penuh kegembiraan tanpa mengira pangkat dan darjat.

“ Sememangnya YADIM berharap porgram ini mampu membina dan menyatukan hubungan silaturahim sesama ahli Sahabat YADIM,’’ tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *