Home » Citra Yadim » KASYFI 2018 Terengganu:  Penuh sesi kemaafan dan kemeriahan

KASYFI 2018 Terengganu:  Penuh sesi kemaafan dan kemeriahan

KUALA TERENGGANU – Program Kembara Aidilfitri Sahabat YADIM (KASYFI) yang merupakan program tahunan Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah bermula pada 22 dan 23 lalu melibatkan Sahabat YADIM Negeri Terengganu.

Pada program itu seramai 25 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Sahabat YADIM Terengganu, Majlis Pimpinan Negeri dan Zon telah turut terlibat.

Sebanyak 10 buah rumah ahli Sahabat YADIM dan Felo Muda Dakwah sekitar Daerah Besut, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman telah dikunjungi bagi meraikan bersama-sama dengan membawa juadah dan buah tangan agar kegembiraan dan kemanisan bulan Syawal dapat dirasai bersama tanpa mengira pangkat dan darjat.

Adab dan tradisi bersalam-salaman serta bermaaf-maafan turut diterapkan dalam program ini bagi memberi peluang kepada keluarga ahli Sahabat YADIM mengenali dan beramah mesra sesama kita.

Turut hadir memeriahkan program ini adalah Pengarah Bahagian Kemuda,  Zamani Mohd Karulani, yang  diiringi oleh kakitangan-kakitangan lain dari ibu pejabat YADIM Putrajaya dan wakil dari barisan Majlis Tertinggi Kebangsaan Sahabat YADIM.

KASYFI adalah platform untuk mengenali sesama ahli Sahabat YADIM di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Muslim.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *