Home » Langit Terbuka » Keadaan Harussani bertambah baik

Keadaan Harussani bertambah baik

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. - Foto Suara Perak

IPOH – Keadaan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Ipoh pagi semalam akibat serangan strok, telah bertambah baik, demikian menurut doktor yang merawatnya.

Pakar Perubatan dan Neurologi Hospital KPJ Ipoh, Datuk Dr Zakaria Kadir berkata keadaan Harussani, 81, ketika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira pukul 9 pagi semalam agak teruk termasuk lemah sebelah kanan badan serta sukar bercakap.

“Alhamdulillah, petang semalam beliau dah mula beri reaksi dan hari ini bertambah baik, boleh bercakap beberapa perkataan serta ada reaksi emosi berbanding semalam,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamaruddin melawat Harussani di Ipoh, hari ini.

Dr Zakaria berkata selain memberikan ubat rehat kepada Mufti Perak itu kerana keadaannya yang keletihan, beliau turut memberikan rawatan untuk memulihkan saluran darah dan rawatan bagi penyakit lain termasuk darah tinggi.

Beliau berkata, Harussani mungkin akan terus dirawat di dalam ICU sekurang-kurangnya tiga hari lagi jika Mufti Perak itu terus menunjukkan perkembangan positif sebelum dipindahkan ke wad biasa untuk rawatan dan pemulihan.

Sementara itu, Mohd Akmal berharap agar rakyat sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan tokoh agama Perak tersebut, selain meminta masjid serta surau untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin.

“Kita masih lagi memerlukan khidmatnya, seorang tokoh, ulama di negeri Perak yang banyak jasanya,” katanya.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun pusat antaranya Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran; Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *