Home » Langit Terbuka » Kekurangan guru agama di Sabah, Sarawak kritikal

Kekurangan guru agama di Sabah, Sarawak kritikal

Menteri Pendidikan menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak - Foto MediaAdil

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal.

Sehubungan itu, Menterinya, Maszlee Malik menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak.

“Bekalan guru-guru agama di Sabah dan Sarawak memang benar-benar mendesak, sebab itu saya sudah bertemu dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) dan beberapa rakan dari Kelantan dan Terengganu.

“Jika boleh, kita pujuk ustaz dan ustazah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjung bagi menjadi medan dakwah mereka dan medan menabur bakti,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian berhubung cadangan Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS supaya Kementerian Pendidikan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak bagi menyeimbangkan kekurangan guru agama.

Maszlee berkata, cadangan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak akan diteliti kementeriannya.

“Cadangan (Tuan Ibrahim) idea yang bernas. Kita akan teliti pandangan itu dan jika ada bajet akan dimasukkan ke dalam RMK12 (Rancangan Malaysia ke-12),” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *