Home » Citra Yadim » Keluarga terputus bekalan makanan dibantu YADIM Johor

Keluarga terputus bekalan makanan dibantu YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Sekitar jam 10 pagi pada 17 Jun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor mendapat maklumat mengenai sebuah keluarga yang terputus bekalan makanan di Jalan Permatang 7 di sini.

Keluarga malang ini mempunyai 11 anak berusia 4 bulan hingga 20 tahun ditimpa musibah berkenaan selepas ketua keluarganya diberhentikan kerja baru baru ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Prihatin dengan nasib mereka, YADIM Johor pada jam 12.30 tengahari tiba di kediaman tersebut dan menyampaikan bantuan awal berupa barangan keperluan seperti beras, minyak, tepung, bihun, ayam dan ikan.

Sumbangan telah disampaikan Pengarah YADIM Johor, Muhammad Ammar Abdulah kepada Puan Nor Aziah Anuar di kediaman mereka di Kampung Kempas di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *