Home » Citra Yadim » Kem Remaja Muslim 2026 Fokus Lahir Generasi Muda Berakhlak Mulia

Kem Remaja Muslim 2026 Fokus Lahir Generasi Muda Berakhlak Mulia

ALOR SETAR, 6 Jun – Pertubuhan Ikatan Kebajikan Dan Dakwah (IKAD) Negeri Kedah dengan kerjasama YADIM Negeri Kedah/Perlis berjaya menganjurkan Program Kem Remaja Muslim 2026 yang berlangsung pada 5 hingga 6 Jun lalu.

Program yang diadakan selama dua hari satu malam itu bertempat di Dewan Serbaguna Taman Sri Bagan, Kampung Teluk Bagan, Batu 3 Tandop, di sini.

Membawa objektif utama untuk memantapkan ketaatan para peserta kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, serta kedua-dua ibu bapa, program ini telah disertai oleh seramai 40 pelajar sekolah rendah dan menengah.

Penganjuran kem kepimpinan dan rohani seperti ini diharapkan dapat membentuk sahsiah diri remaja yang cemerlang.

Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *