Home » Citra Yadim » Kembara Dakwah Ulu Tembeling Jemaah Masjid Al-Wusto Temerloh dan YADIM Pahang

Kembara Dakwah Ulu Tembeling Jemaah Masjid Al-Wusto Temerloh dan YADIM Pahang

TEMERLOH – Seramai 60 peserta menyertai program Kembara Dakwah ke Ulu Tembeling anjuran Masjid Al Wusto di sini dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 21 November.

Program selama dua hari dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) ini bertujuan menyantuni komuniti orang asli di kawasan tersebut disamping menyampaikan mesej Islam dan dakwah kepada mereka.

Peserta konvoi dilepaskan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan. Hadir sama ke majlis pelepasan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin dan Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Temerloh, Ustaz Mohd Faitullah Sa’adon.

Dalam ucapannya semasa melepaskan konvoi, Ustaz Nasrudin berpesan kepada peserta bahawa mereka sebenarnya menyampaikan mesej Islam kepada org lain samaada dalam bentuk ucapan, kebajikan dan contoh teladan.

Turut disentuh beliau ialah bahawa para peserta sebenarnya sedang mendidik dan membina diri sendiri dengan memastikan menjaga akhlak ketika turun kembara dan bersabar menempuh kesulitan di sepanjang usaha dakwah.

Perjalanan bermula dari Temerloh ke Kuala Tahan, kemudian singgah di Kampunh Kuala Sat. Dari Kampung Kuala Sat peserta menaiki bot ke Kampung Sungai Kucing untuk menyampaikan sumbangan kepada orang asli.

Peserta kemudiannya bergerak ke jeti Kampung Bantal untuk menaiki bot ke Kampung Gusai.

Antara pengisian program termasuklah sumbangan kepada penduduk asnaf di Kampung Gusai beserta kuliah Maghrib dan kuliah Subuh.

Sebanyak 50 pek sumbangan disampaikan kepada komuniti Orang Asli di Ulu Tembeling pada program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *