Home » YADIM MADANI » Kembara Komuniti MADANI: Menyantuni Penduduk Yang Memerlukan

Kembara Komuniti MADANI: Menyantuni Penduduk Yang Memerlukan

KUALA MUDA – Bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah para peserta turut bergotong-royong menyantuni kediaman seorang penduduk yang memerlukan dalam program YADIM Ihsan: Kembara Komuniti MADANI pada 3 Mei.

Ia merupakan sebahagian pengisian program berkenaan di Kampung Paya Suri, Semeling, Kuala Muda.

Program bermula dengan pihak YADIM Negeri Kedah dan Perlis bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani, Baling, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Paya Suri dan Rakan Siswa YADIM (RSY) Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Abdul Halim menyantuni enam keluarga yang memerlukan, terdiri daripada pesakit kronik dan uzur di kampung berkenaan.

Selesai aktiviti Ziarah MADANI, mereka juga bergotong royong di kediaman penduduk yang mesra di sapa sebagai Deq Mat itu pula.

Kerja-kerja gotong-royong tertumpu kepada aktiviti membersihkan kawasan sekitar rumah, memotong pokok dan mengecat.

Peserta program turut diraikan dengansesi cabutan bertuah selain mereka bergotong-royong memasak secara pakatan kampung di pekarangan kediaman penghuni tersebut untuk jamuan.

Terlibat dalam program ini ialah Pengerusi SAY Sungai Petani, Encik Zamri Yaacob, Pengerusi SAY Baling, Encik Abu Hasan Musa, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Paya Suri, Muhammad Faizal Hassan dan Pengurus Dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Kedah dan Perlis, Nazir Ibrahim.

Artikel Berkaitan

Arak: Kebebasan yang Meragut Nyawa

KEMALANGAN maut akibat pemandu mabuk bukan lagi isu terpencil di negara ini. Dari lebuh raya utama hingga jalan kampung, berita mengenai nyawa

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *