Home » Citra Yadim » Kembara Komuniti Madani Sempena Sambutan Kemerdekaan

Kembara Komuniti Madani Sempena Sambutan Kemerdekaan

ARAU – Sempena sambutan kemerdekaan ke 69, YADIM Kedah dan Perlis telah menjayakan program YADIM Ihsan : Kembara Komuniti MADANI pada 31 Ogos.

Dibantu oleh rakan agensi dan badan bukan kerajaan, program berlangsung secara santai namun cukup meriah. Acara yang berpusat di Masjid Nurul Mukminin, Perlis ini bermula jam 8 pagi apabila penduduk kampung bergotong-royong menyediakan juadah makanan sepanjang program berlangsung.

Berlangsung hingga petang, aktiviti lain termasuklah Cuci-Cuci membersihkan masjid sebelum Bengkel Pengurusan Jenazah disampaikan oleh Zamalah YADIM, Ustaz Ahmad Fuad Ashari.

Pengisian kemudiannya diteruskan dengan sesi Sumbangan MADANI dan Ziarah Pesakit di Kampung Alor Ara, Arau. Di sini, para peserta turun padang beramah mesra dengan penduduk sekitar, menziarahi pesakit uzur serta menyampaikan sumbangan kepada mereka yang diuji dengan masalah kesihatan.

Setiap keluarga menerima sumbangan keperluan harian dan lampin dewasa. Penutup program adalah cabutan bertuah yang ditaja oleh YAPEIM Kedah dan Perlis.

Turut bersama dalam program ini ialah Pengerusi Masjid Nurul Mukminin, Haji Zainol Yob, Pengurus Sumber Dana YAPEIM Kedah dan Perlis, Encik Nazir Ibrahim, Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara Negeri Kedah, Profesor Dr. Hanizan Zalazilah, Pengerusi Pasukan Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) Perlis, Encik Januar Jaafar, Timbalan Pengerusi PEMADAM Arau, Haji Mohd Hashim Mat Akhir dan Timbalan Pengerusi Sukarelawan Kota Setar, Encik Omar Mohamad.

 

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *