Home » Citra Yadim » Kembara Marang Cameron YADIM Terengganu sebar dakwah melalui konvoi motosikal

Kembara Marang Cameron YADIM Terengganu sebar dakwah melalui konvoi motosikal

MARANG – Konvoi bermotosikal sememangnya  menjadi pilihan terutamanya kepada golongan muda hari ini bagi mengisi masa lapang serta hobi.

Ia juga jadi semakin menjadi pengisian sesuatu program anjuran pelbagai pihak kebelakangan ini.

Peluang ini diambil oleh YADIM Terengganu untuk menganjurkan program Kembara Marang Cameron sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan pada 25 hingga 27 Ogos.

Seramai 30 anak muda dari daerah ini menyertai konvoi bermotosikal ini yang diadakan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Inisiatif penganjuran program ini adalah bertujuan menyemai semangat sayangkan negara dan agama Islam selain mensyukuri kemakmuran yang dimilik selama ini.

Selain konvoi, pengisian lain dalam program ini ialah sesi Santai Ilmu Bersama YADIM. Ruang ini diambil YADIM sebagai usaha dua dalam satu iaitu mengisi ruang program dengan dakwah dan mengisi ruang dakwah dengan semangat kebangsaan.

Turut dilaksana aktiviti gotong-toyong membersih masjid terpilih di Gua Musang, Kelantan  selain ziarah kebajikan, yang merupakan salah satu lokasi persinggahan dalam program ini.

Menurut Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, ini merupakan pertama kali program seumpama ini diadakan dengan AADK di negeri ini. Bagaimanapun kerjasama antara kedua badan ini telah terjalin lama sebelum ini dalam lain lain bentuk program.

Hubungan baik YADIM dengan semua agensi di negeri akan sentiasa diperkemas demi usaha melestari gerakan dakwah.

Program seterusnya dalam perancangan YADIM Terengganu bakal melibatkan golongan selebriti. YADIM percaya ramai di kalangan selebriti yang berminat untuk turun padang bersama-sama YADIM untuk pelbagai program yang bermanfaat kepada masyarakat.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *