Home » Citra Yadim » Kempen derma darah bulan Ramadan

Kempen derma darah bulan Ramadan

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah menganjurkan Kempen Derma Darah pada bulan Ramadan lalu, sebagai usaha membantu pihak hospital menghadapi kemungkinan masalah kekurangan bekalan darah sewaktu musim perayaan.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program berkenaan telah diadakan pada tahun-tahun sebelum ini dan ia telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pelbagai pihak sama ada yang beragama Islam ataupun  tidak.

“Idea menganjurkan program ini adalah kerana YADIM mahu membantu pihak hospital meningkatkan bekalan darah kerana ketika musim perayaan pada kebiasaannya kes-kes kemalangan dan sebagainya akan meningkat.

“Sememangnya, pihak kami mendapati orang ramai mempunyai rasa prihatin yang tinggi terhadap situasi berkenaan dan mereka telah sama-sama turut serta dalam kempen ini biarpun letih berpuasa pada siang hari,’’ katanya.

Beliau menjelaskan, program berkenaan telah diadakan bermula jam 8.15 malam di Masjid Baitus Salaam Vista Minintod, Penampang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *