Home » Citra Yadim » Kepala air : Maahad Tahfiz Al Fityan terima sumbangan YADIM

Kepala air : Maahad Tahfiz Al Fityan terima sumbangan YADIM

YAN – Maahad Tahfiz Al Fityan di sini ialah antara institusi tahfiz di daerah ini tyerjeas teruk ekoran kejadian kepala air yang berlaku baru baru ini.

Sebahagian besar perabot seperti kerusi, meja belajar, kemudahan surau rosak akibat kejadian berkenaan dan boleh dikatakan tidak boleh digunakan lagi.

Turut membimbangkan pihak sekolah ialah sungai berdekatan pagar sekolah yang kini terhakis teruk akibat kejadian berkenaan.

Jumlah kerosakan dianggarkan mencecah RM15,000. Mujur tiada kakitangan pusat tahfiz ini yang bertugas ketika kejadian, namun ketika ini, lumpur yang masih banyak dan ketiadaan air bersih menyukarkan kerja kerja mencuci pusat tahfiz ini.

Prihatin dengan keadaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menziarahi pusat ini pada 31 Ogos menghulurkan sumbangan RM5,000 dan 60 naskhah tafsir Al Quran. Ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Pengetua maahad, Ustaz Mohd Sufiyan Shoib.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. YADIM juga dibawa meninjau kesan kejadian kepala air pada maahad ini selepas acara ringkas penyampaian.

Turut disantuni ialah Mansur Hamid, yang merupakan seorang penduduk yang tinggal berdekatan maahad ini.

 

 

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *