Home » Langit Terbuka » Kerajaan jamin tarif air tidak dinaikkan

Kerajaan jamin tarif air tidak dinaikkan

Kerajaan akan menanggung kos kenaikan air dalam situasi sukar ini kerana prihatin di samping memberikan pelbagai tawaran tanpa menyusahkan rakyat. - Foto Malay Mail

KUALA LUMPUR – Tarif air tidak akan dinaikkan ketika rakyat masih berdepan bebanan dan tekanan hidup berikutan penularan Covid-19.

Jaminan itu diberikan Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut meminta agar rakyat tidak perlu risau terhadap perkara itu.

Katanya, kerajaan akan menanggung kos dalam situasi sukar ini kerana prihatin di samping memberikan pelbagai tawaran tanpa menyusahkan rakyat.

“Kita jamin rakyat tidak perlu risau dalam situasi yang kritikal begini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menjelaskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 adalah kritikal bagi memastikan kelangsungan bekalan air terawat di Lembah Klang sehingga 2025, di mana akan menaikkan rizab margin air terawat daripada 3.8 peratus kepada 10 peratus.

Katanya, kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) melabur lebih RM4 bilion secara pinjaman untuk projek Langat 2 yang mampu membekalkan air terawat sebanyak 1,130 JLH apabila ia siap sepenuhnya pada 2023.

“Ini tidak termasuk peruntukan berjumlah kira-kira RM3.9 bilion bagi membawa air mentah dari Empangan Kelau di Pahang untuk dirawat di loji Langat 2,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *