Home » Citra Yadim » Kerajaan Selangor Mengalu-alukan YADIM Dalam Gerakan Dakwah

Kerajaan Selangor Mengalu-alukan YADIM Dalam Gerakan Dakwah

SABAK BERNAM – YADIM dialu-alukan untuk terlibat dalam gerakan dakwah bersama guru-guru agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ujar Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari.

Selangor kata beliau, mempunyai hampir 8,000 guru agama di bawah JAIS yang menjadi antara kumpulan penting dalam penyampaian pendidikan dan dakwah Islam kepada masyarakat.

Jelas beliau lagi, guru-guru agama ini juga merupakan pemegang tauliah mengajar dan mempunyai hubungan yang dekat dengan masyarakat, menjadikan mereka antara barisan hadapan dalam menyampaikan ilmu serta bimbingan agama.

YADIM selaku sebuah agensi Hal Ehwal Islam di peringkat persekutuan tambahnya,mempunyai pengalaman dan kepakaran yang boleh dibawa bersama untuk membantu guru-guru agama serta pelajar dalam pelbagai aspek berkaitan dakwah dan pendidikan.

Dato’ Seri Amirudin berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Ijtimak Perdana Guru Pendidikan Islam Negeri Selangor dan Peluncuran Program Dakwah Negara 2026 di Sungai Besar, Sabak Bernam pada 6 Oktober.

Majlis anjuran bersama YADIM Negeri Selangor dan JAIS itu menghimpunan lebih 200 guru agama dari daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Hadir sama ke program ini ialah Yang Dipertua YADIM Datuk Dr. Hasan Bahrom, Pengarah JAIS, Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusoff, ketua-ketua komuniti dan wakil agensi.

Penglibatan YADIM bersama guru-guru agama JAIS diharap dapat membuka lebih banyak ruang untuk pelaksanaan aktiviti dakwah yang memberi manfaat secara langsung kepada guru, pelajar dan masyarakat di Selangor.

 

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *