Home » Citra Yadim » Kerjasama YADIM Negeri Sembilan dan rakan strategik santuni asnaf Jelebu, Johol

Kerjasama YADIM Negeri Sembilan dan rakan strategik santuni asnaf Jelebu, Johol

SEREMBAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan meneruskan kerjasama membantu golongan yang memerlukan di negeri  ini menerusi program khidmat baktinya.

Pada 11 Disember, sebanyak lima kediaman asnaf menerima sumbangan YADIM dengan kerjasama rakan strategik, badan bukan kerajaan Rantaian Kasih Malaysia.

Hadir menyampaikan bantuan dalam program di sekitar Jalan Jelebu – Seremban ini ialah pengerusi pertubuhan  tersebut, Haji Rahim Yusof.

Terdahulu pada 10 Disember, dengan kerjasama Skuad Al-Baasith Negeri Sembilan, mereka menyantuni empat  keluarga asnaf dan menyerahkan Kotak Rezeki  Ummat MyFundAction serta barangan keperluan harian dari YADIM.

Kesemua penerima merupakan asnaf, pesakit kronik, warga emas dan golongan kurang upaya yang memerlukan perhatian dari daerah Johol.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *