Home » Citra Yadim » Kerjasama YADIM – Persatuan Bekas Tentera santuni warga Taman Kempas

Kerjasama YADIM – Persatuan Bekas Tentera santuni warga Taman Kempas

SUNGAI PETANI – Persatuan Bekas Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (PBKKU Malaysia) sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menyantuni komuniti kawasan ini.

Kali ini di Taman Kempas di sini apabila 11 keluarga yang memerlukan disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Hujan yang turun tanpa henti tidak menghalang PBKKU dan YADIM Kedah menyantuni 10 keluarga yang terkesan secara langsung akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan.

Penerima terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik, mereka yang kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

Satu lagi keluarga yang disantuni ialah pemohon Telebantuan YADIM yang dijangkiti Covid-19. Lelaki ini masuh ditahan di Hospital Sungai Petani di sini. Sumbangan disampaikan kepada isterinya di Taman Semarak Padang Temusu.

Mewakili YADIM dalam program ini ialah Ustaz Haji Azmi Mohamad selaku penyelaras program, Setiausaha Agung PBKKU Malaysia, Ahmad Buyong Mokhtar, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Kempas, Mohd Zaidi Abd Ghani, Abd Rahim Abdul dan Noorshahidan Yahya.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *