Home » Citra Yadim » Kerjasama YADIM Terengganu-PERKIM

Kerjasama YADIM Terengganu-PERKIM

TELAGA MENGKUDU – Kerjasama dalam aspek dakwah dan kesukarelawanan antara agensi atau badan bukan kerajaan Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini terus dipertingkatkan.

Terbaharu pada 17 Mei, YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Terengganu mengadakan kerjasama dalam pengagihan sumbangan kepada golongan muallaf yang memerlukan di negeri ini.

Sebanyak 60 pek sumbangan diserahkan YADIM kepada PERKIM untuk diagihkan kepada saudara baharu yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang berkata, pihaknya menyeru semua agar prihatin dengan nasib masyarakat sekeliling yang sentiasa memerlukan sokongan, lebih-lebih lagi jika mereka adalah golongan saudara baharu.

Beliau turut berharap agar sumbangan YADIM itu dapat meringankan bebanan dan meneguhkan keimanan mereka.

Dalam pada itu, mewakili YADIM dalam majlis penyerahan ialah Nasrul Hadi Saidin yang menyampaikan gimik sumbangan kepada Pengerusi PERKIM Terengganu, Prof Dr Ramle Abdullah.

Beberapa orang mualaf turut menerima agihan terus di majlis tersebut yang diadakan di perkarangan Pejabat PERKIM di sini.

YADIM dan PERKIM sebelum ini telah menjalin kerjasama dalam beberapa program di negeri ini, terutamanya yang melibatkan usaha menyantuni saudara baharu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *