Home » Langit Terbuka » Kertas cadangan gagasan Rahmatan Lil Alamin akan dibawa ke kabinet

Kertas cadangan gagasan Rahmatan Lil Alamin akan dibawa ke kabinet

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, perjalanan bagi membawa konsep Rahmatan Lil Alamin dengan sendi Maqasid Syariah bukan hanya ‘cakap-cakap kosong’ malah ianya bakal dijadikan dasar rasmi pentadbiran Islam di negara ini dalam masa terdekat. - Foto Melakakini

MELAKA – Kertas cadangan mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin yang akan menjadi dasar baharu pentadbiran Islam di negara ini akan dibawa ke mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata kertas cadangan itu kini berada di peringkat akhir dan menunggu masa untuk dibentangkan kepada jemaah menteri.

“Perjalanan bagi membawa konsep Rahmatan Lil Alamin dengan sendi Maqasid Syariah bukan hanya ‘cakap-cakap kosong’ malah ianya bakal dijadikan dasar rasmi pentadbiran Islam di negara ini dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Gagasan Rahmah dalam Malaysia Baharu’ pada Konvensyen Nunji (Himpunan Ilmuwan Kebangkitan Baharu) 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini (19 Julai).

Mujahid sebelum ini dilapor menjelaskan bahawa gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’ adalah satu pendekatan besar yang dibawa oleh kerajaan ke arah mewujudkan sebuah negara ‘rahmah’.

Kertas cadangan itu sudah mendapat kelulusan melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 14 Mac lalu yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas mengenai Konvensyen Nunji 2019, Mujahid berkata himpunan yang diasaskan sejak empat tahun lalu merupakan platform yang bertujuan menyegarkan semula pemikiran umat Islam agar tidak menjadi terlalu jumud (kaku) atau terlalu keras.

Konvensyen sehari bertema ‘Mengisi Kemenangan Memartabatkan Islam’ dianjurkan bagi membincangkan konsep Rahmatan Lil Alami dan Maqasid Syariah.- Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *