Home » Langit Terbuka » Khutbah Hari Arafah Dalam 35 bahasa, Disiar Secara Maya

Khutbah Hari Arafah Dalam 35 bahasa, Disiar Secara Maya

Khutbah Hari Arafah tahun ini akan diterjemahkan ke dalam 35 bahasa dan disiarkan melalui platform digital dan saluran gabungan. GAMBAR HIASAN : https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=17509543

MAKKAH: Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan khutbah Hari Arafah tahun ini akan diterjemahkan ke dalam 35 bahasa dan disiarkan melalui platform digital dan saluran gabungannya, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Usaha itu bertujuan menyampaikan tema khutbah kepada umat Islam di seluruh dunia dan menyampaikan mesej kesederhanaan Islam.

Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh, Dr Abdulrahman Al-Sudais, berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen Arab Saudi untuk berkhidmat kepada Islam dan umatnya serta menonjolkan keprihatinan kepimpinan terhadap jemaah haji.

Ia juga membantu memaksimumkan impak global musim haji menerusi teknologi moden dan platform digital.

Al-Sudais menambah, projek penterjemahan khutbah Arafah adalah antara inisiatif utama kepresidenan, dibangunkan dengan kepakaran bertahun-tahun dan menyumbang kepada memperkaya kandungan agama dalam pelbagai bahasa dunia.

Beliau menegaskan, inisiatif itu membolehkan orang Islam yang bukan berbahasa Arab mendapat manfaat daripada mesej kerohanian dan kemanusiaan khutbah berkenaan.

Al-Sudais berkata, kepresidenan telah menggerakkan keupayaan teknikal dan medianya, bersama-sama dengan pasukan khusus untuk memastikan khutbah itu mencapai khalayak global seluas mungkin dengan profesionalisme tinggi dan standard kualiti termaju. – BERNAMA

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *