Home » Langit Terbuka » Kita tak akan dakwa Malaysia negara Islam sempurna

Kita tak akan dakwa Malaysia negara Islam sempurna

Perdana Menteri mengakui konflik kaum dan agama pernah berlaku di Malaysia, tetapi ia kecil berbanding masa keamanan, muhibah dan kemakmuran. - Foto The Star

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan mendakwa ia negara Islam sempurna, walaupun ia menunjukkan masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup bersama aman dan damai, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Tradisi ini sejak kemerdekaan kita,” katanya, dan menambah walaupun majoriti rakyat beragama Islam, ia mempunyai minoriti yang besar daripada kepercayaan, budaya dan adat berbeza.

Mahathir berkata demikian dalam ucapannya di majlis makan malam menjelang Sidang Kuala Lumpur.

Beliau akui konflik kaum dan agama pernah berlaku, tetapi ia kecil berbanding masa keamanan, muhibah dan kemakmuran.

“Bagi kami, inilah seruan Islam – hidup aman bersama warga bukan Islam dan bekerjasama membina negara yang makmur, aman dan damai.”

Mengulas sidang 3 hari itu, yang bakal menampilkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani, Mahathir berkata sesuatu mesti dilakukan untuk baiki kehidupan orang Islam serata dunia.

Beliau juga berkata ada keperluan untuk menangani Islamofobia.

“Kita perlu cari cara tangani kekurangan kita, kebergantungan kepada orang bukan Islam untuk melindungi diri kita daripada musuh-musuh Islam,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *