Home » Langit Terbuka » KKM senarai 20 penceramah isi slot rancangan Islam dalam RTM

KKM senarai 20 penceramah isi slot rancangan Islam dalam RTM

Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan, senarai 20 orang penceramah itu turut diterima Pegawai Tugas-Tugas Khas (Bahagian Agama) Jabatan Perdana Menteri - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyenaraikan sebanyak 20 orang penceramah yang akan dimasukkan ke slot rancangan keagamaan (Islam) Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk siaran televisyen dan radio.

Dalam sekeping surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan kepada menteri di kementerian itu, Gobind Singh Deo memaklumkan, 20 orang penceramah itu turut diterima Pegawai Tugas-Tugas Khas (Bahagian Agama) Jabatan Perdana Menteri.

“Antara penceramah itu ialah Zolkharnain Abidin Al Hafiz; Wan Subki Wan Salleh; Nik Omar Nik Abdul Aziz; Azrul Hakim Suradi; Che Ibrahim Che Mohamed; Mohamad Uda Kasim; Abdullah Shahir; Mohd. Fauzi Zakaria dan Izaz Ismail.

“Selain itu, turut disenaraikan ialah Ali Muda; Mohd. Rizal Akhir; Rosli Yusuff; Shamshul Maarif Ismail; Suhaimi Kassim; Abdul Aziz ABbas; Zulhazmie Mohammed; Nazri Din; Mohd. Firdaus Jaafar dan Ridzwan Abu Bakar,” kata surat itu yang tular dalam media sosial hari ini.

Di samping itu, surat berkenaan turut memaklumkan pihak jabatan Perdana Menteri telah membuat tapisan dari segi kelulusan, kelayakan, kepakaran dan telah mentauliahkan kesemua penceramah berkenaan.

“Dalam surat berkenaan turut melampirkan senarai 10 penceramah popular tempatan yang tidak digalakan untuk ke udara sama ada melalui televisyen dan radio bermula Januari ini,” jelas surat itu. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *