Home » Citra Yadim » Kongsi Rezeki Berbuka Puasa Bersama Pengawal Keselamatan Pusat Membeli Belah

Kongsi Rezeki Berbuka Puasa Bersama Pengawal Keselamatan Pusat Membeli Belah

KOTA BHARU- Selepas pengawal keselamatan di hospital dan sekolah, kini giliran mereka yang bertugas di pusat membeli belah disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 3 Mei.
Juadah berbuka puasa nasi ayam dan air minuman telah diserahkan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang kepada 50 orang pengawal keselamatan yang bertugas di pusat membeli belah Aeon Mall, KB Mall dan Tesco di sini.
Turut disantuni ialah pengawal keselamatan di UTC Kota Bharu dan Kolej PolyTech Mara Kota Bharu.
Program ini ialah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *