Home » Citra Yadim » Kongsi Rezeki YADIM Sarawak di Kuching

Kongsi Rezeki YADIM Sarawak di Kuching

KUCHING – Hari yang baik, InsyaAllah bermula dengan pagi yang baik.

Justeru bagi memulakan hari yang baik, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak cuba memberikan permulaan hari yang baik untuk golongan yang memerlukan.

Inisiatif ini dilaksanakan menerusi program kongsi rezeki yang diadakan di sekitar bandaraya ini. Terbaharu pada 20 November, sebanyak 50 bungkus sarapan diedarkan kepada mereka yang memerlukan di sini.

Antara yang disantuni ialah petugas kebersihan, pengawal keselamatan, penjaga parkir, pengusaha perahu tambang, pekerja stesen minyak dan gelandangan.

Menurut penyelaras Kongsi Rezeki YADIM Sarawak, Ramzi Razak, program ini dilaksanakan setiap Jumaat dan menyasarkan untuk menyantuni pelbagai kumpulan sasar khususnya kelompok B40.

YADIM Sarawak mengaku alukan mana mana individu atau pihak yang ingin sama sama menyumbang kepada pelaksanaan program ini.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *