Home » Langit Terbuka » KPM tangani masalah kekurangan guru Pendidikan Islam

KPM tangani masalah kekurangan guru Pendidikan Islam

Negara mempunyai 40,713 guru subjek Pendidikan Islam bagi sekolah rendah dan 16,024 lagi di sekolah menengah. - Foto Info Negara Kini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah kekurangan guru Pendidikan Islam di seluruh negara.

 

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, berkata ini kerana negara hanya mempunyai 40,713 guru subjek itu bagi sekolah rendah dan 16,024 lagi di sekolah menengah ketika ini.

 

“KPM faham mengenai kekurangan guru agama di seluruh negara. Kami sentiasa berusaha menambah bilangan guru ini.

 

“Sebagai contoh di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kami berbincang untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam ke arah membantu menambah bilangan guru agama di Sabah.

 

“Justeru, saya merasakan kita boleh berbincang mengenai perkara serupa di semua negeri. Kita akan mencari jalan sesuai untuk berbincang dengan semua institusi pendidikan, termasuk universiti tempatan, bagi melahirkan lebih ramai guru agama yang kompeten,” katanya pada 29 September.

 

“KPM akan memperkasakan kefahaman mengenai kurikulum Pendidikan Islam melalui siri kursus secara berterusan supaya PdP dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

 

“Selain itu, KPM akan terus memberi kefahaman kepada pegawai pendidikan supaya mereka mendapat kepakaran serta ilmu secukupnya, sekali gus dapat membimbing guru subjek terbabit,” katanya. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *